Apa itu perayaan Easter?

1. Asal-usul.
a. Aostre
b. Pesach
c. Easter

2. Korban.

3. Apa ertinya bagi kita hari ini?

 1. Apa itu Perayaan Easter?

Secara tradisi, terdapat banyak cerita tentang perayaan Easter ini. Ada mengatakan ia adalah perayaan menyambut musim bunga. Yang lain pula untuk mengingati Hari Pembebasan tapi kebanyakan merayakan Easter untuk hidup baru dalam Nabi Isa. Berikut beberapa cerita asal mula perayaan ini.

a. Eostre – perayaan untuk Dewa Matahari  (Penduduk Jahilia Europa iaitu Anglo-Saxon sebelum kedatangan Kristian)

Ia merupakan Perayaan musim bunga untuk memuja dewa yang digelar Eostre atau Ostara. Ia adalah dewa matahari yang bersinar diufuk Timur di musim bunga. Masa siang dan malam ketika itu adalah sama panjang. Dia punyalah nama fajar Timur (East). Walaupun perkataan kuno Eostare ini digunakan untuk musim bunga tetapi juga digunakan untuk menanda arah Timur (East) sepertimana yang kita guna sekarang.

b. Pesach – Perayaan Paska (the Passover)

Sementara penduduk jahilia Europa merayakan perayaan Musim Bunga, penduduk Yahudi pula merayakan Hari Raya Pesach. Perayaan ini dirayakan pada setiap bulan Nisan, iaitu bulan pertama menurut kalender Yahudi untuk mengingati pekerjaan Allah membebaskan mereka dari perhambaan selama 300 tahun di Mesir. Nabi Musa telah memimpin pembebasan tersebut mengikuti perintah Allah. Allah telah mendatangkan tulah kepada penduduk Mesir dan tulah yang terakhir adalah di mana setiap anak pertama dalam keluarga penduduk di Mesir dibinasakan kecuali keluarga yang telah memercikkan darah domba yang sempurna pada tiang dan atas pintu rumah mereka. Allah juga telah memerintahkan umat Yahudi supaya mengingati peristiwa itu untuk selamanya, setiap tahun dan turun temurun (Keluaran 12:14-28).

Pesach (Bahasa Ibrani) atau Pascha (bahasa Yunani) diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi Passover, yang bereti “lalu” atau “melewati”. Allah telah melewati keluarga-keluarga  yang pintu rumah mereka dipercikkan dengan darah domba dan terselamat dari bencana tulah Allah.  Walaupun tarikh perayaan ini dibuat menurut kalender Yahudi, ia kebetulan jatuh pada permulaan Musim Bunga.

c. Easter:  Perayaan terawal Kebangkitan Nabi Isa (An Early Celebration of Christ’s Resurrection)

Satu lagi idea muncul di kalangan penduduk Europa pada abad ke 5 ialah Perayaan kebangkitan Nabi Isa  atau Easter. Pada mulanya perayaan ini disebut sebagai Alba  oleh penduduk German yang menetap di Rom. Alba bererti putih, yang merujuk kepada warna jubah putih yang mereka pakai semasa perayaan ini. Alba juga bererti fajar pagi dan apabila nama perayaan ini diterjemahkan ke bahasa German, ia disebut Ostern (iaitu perkataan kuno bahasa German bagi fajar pagi). Ostern  merupakan asal-usul perkataanEaster dan digunakan sehingga sekarang.

2. Korban.

Keseluruhan Alkitab mengisahkan tentang “bicara Allah mengenai korban Anak Domba”. Ketika Adam dan Hawa ketika jatuh ke dalam dosa di taman Eden, korban sudah mula diperkenalkan iaitu Anak Domba yang bakal meremukkan kepala si Dajal. Seterusnya, Kain dan Habel mempersembahkan korban bakaran, Nabi Nuh mempersembahkan korban anak domba dan banyak lagi.

Korban yang paling popular dan bermakna dalam sejarah alkitab adalah korban yang dibuat oleh Nabi Abraham. Kejadian 22, mengisahkan Nabi Abraham diperintahkan Allah untuk mengambil anaknya Ishak (anak yang dijanjikan mewarisi berkat Allah ) sebagai korban. Ketika nabi Abraham mengangkat tangannya untuk menyembelih anaknya Ishak, Allah memberhentikan dia. Allah tahu dan berpuas hati dengan kesetiaan Nabi Abraham untuk menuruti perintah Allah, dan dikatakan bahwa ia mempunyai iman yang sempurna, dan selayaknyalah dia menjadi “Bapa segala iman”. Apabila Ishak bertanya kepada ayahnya “di manakah domba yang akan korbankan?”. Nabi Abraham berkata “Allah akan menyediakan sendiri korban bagiNya”. Kebanyakan orang menerima kenyataan ini sebagai bayangan korban di masa akan datang, di mana Allah sendiri akan menyediakan korban bagi semua orang yang berdosa, iaitu melalui peribadi Nabi Isa. Pada tahun 30 AD, ketika perayaan paska diadakan di Jerusalem, Nabi Isa disalibkan oleh Governor Rom di Jerusalem yang bernama Pontius Pilatus.

Korban dan Paska mempunyai erti yang sangat mendalam sekali bagi umat Kristian, di mana Nabi Isa disalibkan pada hari Jumaat musim perayaan Paska, mati dan dikuburkan pada hari Sabtu dan bangkit pada hari minggu pada musim perayaan Paska tersebut.  Sejak dari itu, hari minggu merupakan perayaan rutin mingguan bagi umat Kristian bagi merayakan dan memperingati kebangkitanNya sehinggalah ke hari ini. Pada abad ke 14, “Good Friday” atau lebih dikenali sebagai “Easter” diperkenalkan sebagai tarikh lain untuk merayakan kematian dan kebangkitan Nabi Isa, sekali setiap setahun.

Oleh kerana, Nabi Isa dipandang sebagai korban Anak Domba yang sempurna, maka setiap orang menerimaNya (korbanNya) dikatakan “pintu hatinya telah dipercikkan dengan darahNya”. Supaya apabila  menghadapi pengadilan (final judgement) kelak, Allah akan “lalu”. Hukuman tidak akan dijatuh ke atas mereka malah bagi setiap orang yang percaya kepada Nabi Isa, dia akan menerima pengampunan serta pembebasan daripada kuasa dan hukuman dosa.

3. Apa ertinya bagi kita hari ini?

 Apakah yang anda faham tentang Easter ini?. Bagi umat Kristian, ertinya lebih penting daripada asal-usul perkataan Easter itu sendiri. Jika anda memikirkan bahwa perayaan itu  ada sang “bunny” (arnab) dan bakul berisi telur coklat, maka anda sudah terpesong dari kekayaan Easter itu. Sia-sia lah anda merayakan perayaan Paska. Kerana Easter itu merupakan perayaan tahunan untuk merayakan kebangkitan Nabi Isa dari kubur dan bangkit mengalahkan kematian. Dia hidup dan naik ke syurga supaya setiap orang  yang percaya Dia (termasuk saya dan anda) serta beriman, diberikan korban yang sempurna itu, tidak akan binasa lagi melainkan beroleh hidup yang kekal.

Korban pada zaman nabi-nabi.

1. Korban dikenakan untuk setiap kesalahan.
2. Harus ada penumpahan darah dari domba yang terpilih : yang sihat, gemuk dan sempurna.
3. Dilaksanakan oleh para imam sahaja bagi pihak umat Israel atau pesalah individu. Imam lah yang menyempurnakan korban sembelihan bagi pihak umat Israel.  Dialah yang menjadi pengantara di antara manusia dan Allah.
4. Harus dilaksanakan dan dirayakan di dalam Bait Suci sahaja.

Korban Anak domba yang sempurna.

1. Nabi Isa adalah Anak domba yang sempurna yang disebut-sebut dalam Alkitab (Mat 22:45-56)
2. Dia harus mati menjadi korban. Allah merencanakanNya demikian dan mengukuhkannya dalam Alkitab. Tidak mungkin ada orang lain yang mati bagi pihak Dia kerana seluruh penduduk Jerusalem tahu bahwa tuduhan kerajaan Rom ke atas Nabi Isa adalah sangat serius iaitu “Dia bakal menjadi Raja Israel”. Penghinaan yang lakukan terhadapNya sebelum disalibkan juga bukan alang-alang. Kerajaan Rom tidak akan melepaskan Dia sewenang-wenangnya.
3. Allah membangkitkan Dia pada hari yang ketiga. Dia menampak diri kepada ramai orang dan 40 hari kemudian barulah Dia naik ke syorga.
4. Dialah imam kita. Kini menghadap Allah bagi pihak manusia. Dia dikatakan dalam Alkitab sebagai “Imam Besar” yang menjadi pengantara di antara manusia dan Allah. Tidak ada jalan lain kecuali melalui Dia. Nabi Isa sendiri berkata “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tidak seorangpun yang sampai kepada Bapa jika tidak melalui Aku”.

Terdapat 5 perkara terjadi ketika kita percaya kepada Nabi Isa.

1. Kita dipersatukan atau didamaikan semula dengan Allah.
2. Kita dibenarkan di hadapan Allah. Hanya melalui dan di dalam Nabi Isa. (2 Korintus 5:21)
3. Allah akan membangkitkan kita daripada kematian kepada hidup kekal seperti Allah membangkitkan Nabi Isa kepada hidup kekal.
4. Dasar iman umat Kristian terletak pada Kebangkitan Nabi Isa. Jika Dia tidak bangkit, maka sia-sialah iman Kristian. Kekristianan menjadi tidak bererti.
5. Perayaan Paska juga disimpulkan ke dalam Perjamuan Kudus sebagai peringatan korban yang sempurna itu dan menjadi ketetapan untuk selamanya. Maka, itulah sebabnya sekramen Perjamuan Kudus sangat penting di dalam sesebuah gereja.

Terima kasih padaNya. Mahukah anda, saat ini,  percaya kepadaNya?

Link

http://id.wikipedia.org/wiki/Paskah
http://www.whoisjesus-really.com/malay/notes/passover.htm
http://www.whoisjesus-really.com/malay/notes.htm
http://www.allabouthistory.org/origin-of-the-word-easter-faq.htm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: