Apa itu perayaan Easter?
1. Asal-usul.
a. Aostre
b. Pesach
c. Easter
2. Korban.
3. Apa ertinya bagi kita hari ini?
1. Apa itu Perayaan Easter?
Secara tradisi, terdapat banyak cerita tentang perayaan Easter ini. Ada mengatakan ia adalah perayaan menyambut musim bunga. Yang lain pula untuk mengingati Hari Pembebasan tapi kebanyakan merayakan Easter untuk hidup baru dalam Nabi Isa. Berikut beberapa cerita asal mula perayaan ini.
a. Eostre – perayaan untuk Dewa Matahari (Penduduk Jahilia Europa iaitu Anglo-Saxon sebelum kedatangan Kristian)
Ia merupakan Perayaan musim bunga untuk memuja dewa yang digelar Eostre atau Ostara. Ia adalah dewa matahari yang bersinar diufuk Timur di musim bunga. Masa siang dan malam ketika itu adalah sama panjang. Dia punyalah nama fajar Timur (East). Walaupun perkataan kuno Eostare ini digunakan untuk musim bunga tetapi juga digunakan untuk menanda arah Timur (East) sepertimana yang kita guna sekarang.
b. Pesach – Perayaan Paska (the Passover)
Sementara penduduk jahilia Europa merayakan perayaan Musim Bunga, penduduk Yahudi pula merayakan Hari Raya Pesach. Perayaan ini dirayakan pada setiap bulan Nisan, iaitu bulan pertama menurut kalender Yahudi untuk mengingati pekerjaan Allah membebaskan mereka dari perhambaan selama 300 tahun di Mesir. Nabi Musa telah memimpin pembebasan tersebut mengikuti perintah Allah. Allah telah mendatangkan tulah kepada penduduk Mesir dan tulah yang terakhir adalah di mana setiap anak pertama dalam keluarga penduduk di Mesir dibinasakan kecuali keluarga yang telah memercikkan darah domba yang sempurna pada tiang dan atas pintu rumah mereka. Allah juga telah memerintahkan umat Yahudi supaya mengingati peristiwa itu untuk selamanya, setiap tahun dan turun temurun (Keluaran 12:14-28).
Pesach (Bahasa Ibrani) atau Pascha (bahasa Yunani) diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi Passover, yang bereti “lalu” atau “melewati”. Allah telah melewati keluarga-keluarga yang pintu rumah mereka dipercikkan dengan darah domba dan terselamat dari bencana tulah Allah. Walaupun tarikh perayaan ini dibuat menurut kalender Yahudi, ia kebetulan jatuh pada permulaan Musim Bunga.
c. Easter: Perayaan terawal Kebangkitan Nabi Isa (An Early Celebration of Christ’s Resurrection)
Satu lagi idea muncul di kalangan penduduk Europa pada abad ke 5 ialah Perayaan kebangkitan Nabi Isa atau Easter. Pada mulanya perayaan ini disebut sebagai Alba oleh penduduk German yang menetap di Rom. Alba bererti putih, yang merujuk kepada warna jubah putih yang mereka pakai semasa perayaan ini. Alba juga bererti fajar pagi dan apabila nama perayaan ini diterjemahkan ke bahasa German, ia disebut Ostern (iaitu perkataan kuno bahasa German bagi fajar pagi). Ostern merupakan asal-usul perkataanEaster dan digunakan sehingga sekarang.
2. Korban.
Keseluruhan Alkitab mengisahkan tentang “bicara Allah mengenai korban Anak Domba”. Ketika Adam dan Hawa ketika jatuh ke dalam dosa di taman Eden, korban sudah mula diperkenalkan iaitu Anak Domba yang bakal meremukkan kepala si Dajal. Seterusnya, Kain dan Habel mempersembahkan korban bakaran, Nabi Nuh mempersembahkan korban anak domba dan banyak lagi.
Korban yang paling popular dan bermakna dalam sejarah alkitab adalah korban yang dibuat oleh Nabi Abraham. Kejadian 22, mengisahkan Nabi Abraham diperintahkan Allah untuk mengambil anaknya Ishak (anak yang dijanjikan mewarisi berkat Allah ) sebagai korban. Ketika nabi Abraham mengangkat tangannya untuk menyembelih anaknya Ishak, Allah memberhentikan dia. Allah tahu dan berpuas hati dengan kesetiaan Nabi Abraham untuk menuruti perintah Allah, dan dikatakan bahwa ia mempunyai iman yang sempurna, dan selayaknyalah dia menjadi “Bapa segala iman”. Apabila Ishak bertanya kepada ayahnya “di manakah domba yang akan korbankan?”. Nabi Abraham berkata “Allah akan menyediakan sendiri korban bagiNya”. Kebanyakan orang menerima kenyataan ini sebagai bayangan korban di masa akan datang, di mana Allah sendiri akan menyediakan korban bagi semua orang yang berdosa, iaitu melalui peribadi Nabi Isa. Pada tahun 30 AD, ketika perayaan paska diadakan di Jerusalem, Nabi Isa disalibkan oleh Governor Rom di Jerusalem yang bernama Pontius Pilatus.
Korban dan Paska mempunyai erti yang sangat mendalam sekali bagi umat Kristian, di mana Nabi Isa disalibkan pada hari Jumaat musim perayaan Paska, mati dan dikuburkan pada hari Sabtu dan bangkit pada hari minggu pada musim perayaan Paska tersebut. Sejak dari itu, hari minggu merupakan perayaan rutin mingguan bagi umat Kristian bagi merayakan dan memperingati kebangkitanNya sehinggalah ke hari ini. Pada abad ke 14, “Good Friday” atau lebih dikenali sebagai “Easter” diperkenalkan sebagai tarikh lain untuk merayakan kematian dan kebangkitan Nabi Isa, sekali setiap setahun.
Oleh kerana, Nabi Isa dipandang sebagai korban Anak Domba yang sempurna, maka setiap orang menerimaNya (korbanNya) dikatakan “pintu hatinya telah dipercikkan dengan darahNya”. Supaya apabila menghadapi pengadilan (final judgement) kelak, Allah akan “lalu”. Hukuman tidak akan dijatuh ke atas mereka malah bagi setiap orang yang percaya kepada Nabi Isa, dia akan menerima pengampunan serta pembebasan daripada kuasa dan hukuman dosa.
3. Apa ertinya bagi kita hari ini?
Apakah yang anda faham tentang Easter ini?. Bagi umat Kristian, ertinya lebih penting daripada asal-usul perkataan Easter itu sendiri. Jika anda memikirkan bahwa perayaan itu ada sang “bunny” (arnab) dan bakul berisi telur coklat, maka anda sudah terpesong dari kekayaan Easter itu. Sia-sia lah anda merayakan perayaan Paska. Kerana Easter itu merupakan perayaan tahunan untuk merayakan kebangkitan Nabi Isa dari kubur dan bangkit mengalahkan kematian. Dia hidup dan naik ke syurga supaya setiap orang yang percaya Dia (termasuk saya dan anda) serta beriman, diberikan korban yang sempurna itu, tidak akan binasa lagi melainkan beroleh hidup yang kekal.
Korban pada zaman nabi-nabi.
1. Korban dikenakan untuk setiap kesalahan.
2. Harus ada penumpahan darah dari domba yang terpilih : yang sihat, gemuk dan sempurna.
3. Dilaksanakan oleh para imam sahaja bagi pihak umat Israel atau pesalah individu. Imam lah yang menyempurnakan korban sembelihan bagi pihak umat Israel. Dialah yang menjadi pengantara di antara manusia dan Allah.
4. Harus dilaksanakan dan dirayakan di dalam Bait Suci sahaja.
Korban Anak domba yang sempurna.
1. Nabi Isa adalah Anak domba yang sempurna yang disebut-sebut dalam Alkitab (Mat 22:45-56)
2. Dia harus mati menjadi korban. Allah merencanakanNya demikian dan mengukuhkannya dalam Alkitab. Tidak mungkin ada orang lain yang mati bagi pihak Dia kerana seluruh penduduk Jerusalem tahu bahwa tuduhan kerajaan Rom ke atas Nabi Isa adalah sangat serius iaitu “Dia bakal menjadi Raja Israel”. Penghinaan yang lakukan terhadapNya sebelum disalibkan juga bukan alang-alang. Kerajaan Rom tidak akan melepaskan Dia sewenang-wenangnya.
3. Allah membangkitkan Dia pada hari yang ketiga. Dia menampak diri kepada ramai orang dan 40 hari kemudian barulah Dia naik ke syorga.
4. Dialah imam kita. Kini menghadap Allah bagi pihak manusia. Dia dikatakan dalam Alkitab sebagai “Imam Besar” yang menjadi pengantara di antara manusia dan Allah. Tidak ada jalan lain kecuali melalui Dia. Nabi Isa sendiri berkata “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tidak seorangpun yang sampai kepada Bapa jika tidak melalui Aku”.
Terdapat 5 perkara terjadi ketika kita percaya kepada Nabi Isa.
1. Kita dipersatukan atau didamaikan semula dengan Allah.
2. Kita dibenarkan di hadapan Allah. Hanya melalui dan di dalam Nabi Isa. (2 Korintus 5:21)
3. Allah akan membangkitkan kita daripada kematian kepada hidup kekal seperti Allah membangkitkan Nabi Isa kepada hidup kekal.
4. Dasar iman umat Kristian terletak pada Kebangkitan Nabi Isa. Jika Dia tidak bangkit, maka sia-sialah iman Kristian. Kekristianan menjadi tidak bererti.
5. Perayaan Paska juga disimpulkan ke dalam Perjamuan Kudus sebagai peringatan korban yang sempurna itu dan menjadi ketetapan untuk selamanya. Maka, itulah sebabnya sekramen Perjamuan Kudus sangat penting di dalam sesebuah gereja.
Terima kasih padaNya. Mahukah anda, saat ini, percaya kepadaNya?
Link
http://id.wikipedia.org/wiki/Paskah
http://www.whoisjesus-really.com/malay/notes/passover.htm
http://www.whoisjesus-really.com/malay/notes.htm
http://www.allabouthistory.org/origin-of-the-word-easter-faq.htm
This is the day..
BLOG PASTOR MARIA: http://mariatagal.blogspot.com/
HARI INI UNTUK MASA DEPANPosted by Maria Tagal
Yeremia 29:11- Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada padaKu mengenai kamu, demikianlah Firman Tuhan, iaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu masa depan yang penuh harapan.
KEBAIKAN HATI – Lukas 10:25-37
Ya Allah, yang disembah oleh datukku Abraham…………. Kejadian 32:1-21
Selain doanya, Yakub juga bertindak menyediakan sejumlah hadiah yang banyak untuk melunakkan hati Esau. Walaupun demikian, hati Yakub masih tidak tenteram. Akhirnya dia berfikir: “Rombongan ku semuanya harus segera menyeberangi sungai Yabok ini. Semua ini terjadi kerana Yakub takut kalau nanti sedang rombongan menyeberang, pasukan dari Esau datang menyerang, dan mereka tidak berdaya atau sempat melarikan diri.
TIADA NAMA – Lukas 16 : 19 -31
“Tapi bapa Abraham, jika air setitikpun tidak kudapatkan, aku ada suatu permohonan yang hanya Lazarus yang sesuai melaksanakannya. Suruh Lazarus kembali ke bumi supaya dia boleh memberi peringatan kepada keluargaku. Lima orang saudaraku hidup seperti aku. Beritahu dan sedarkan mereka supaya mereka bertobat dan jangan masuk ke tempat penderitaan ini”. Tidak boleh! Pada mereka ada kitab Musa dan para nabi. Mereka harus merenung dan mentaatinya supaya mereka hidup. “Tidak bapa Abraham. Mereka itu keras hati. mesti seorang seperti Lazarus yang bangkit dari antara orang mati yang sedarkan mereka”.
Abraham memberitahunya: “Kalau mereka tidak dapat diyakinkan oleh kitab yang ada pada mereka, orang yang mati dan bangkit kembalipun tetap tidak dapat menyedarkan mereka”. Kasihan si kaya, di neraka dia baru merasa terbeban akan keselamatan saudara-saudaranya yang masih di bumi. Dulu, selama di bumi tidak diingatinya hal keselamatan, Lazarus yang lapar juga tidak diberinya makanan.
Kita yang masih hidup ini perlu tahu bahawa penderitaan bukan tempat manusia. Itu tempat iblis. Yesus mahu supaya semua orang memiliki hidup kekal. Manusia harus percaya dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Ingat! Di tempat penderitaan walau hanya setitik air ridak akan diberi. Di sana juga, semua rayuan dan permohonan sekalipun itu untuk keselamatan orang lain tidak akan di dengar. Semua yang ada di sana ialah mereka yang namanya tidak ditulis dalam buku kehidupan (Wahyu 20:15).
Adakah Harapan Masa Depan akan Pergi Bersama Dia Yang Pergi?
Makan Ucapan syukur Natal 2010
Pada Malam 26hb Dis. 2010. Tempat: Rumah Saudara Balan dan Keluarga.
ANNUAL DINNER PPP SIB KLANG (TOGETHER WE ARE ONE)
Time: Sunday, December 12 · 8:00pm – 10:30pm
Location: Restoran Palm Groove,
lotPT> 20033,
Jalan Prai 1,
Off Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor
Tujuan Annual Dinner ini diadakan ialah untuk mencari dana:
1. SKPM
2. Doa
3. Penginjilan
4. Sukan & Rekreasi
Ticket price: RM 40 (single), RM60 (family)
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Helly Masaat- 019-2302947
Nellie Pangkui- 016-3507993
Dress code: Glamour & Gliters..
Selamat Datang Ke SIB Klang 2010
Ini adalah Weblog baru untuk Gereja SIB Klang. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Mari kita berkerjasama menggunakan jaringan ini. Ini adalah pelayanan dialam maya.Sesiapa saja yang singgah di web ini akan diberkati bila menyaksikan berkat berkat yang telah dicurahkan Tuhan di Gereja SIB Klang. Semoga kita semua diberkati melalui pelayanan Website ini. Dengan ini; kita mulakan semunya diatas nama Tuhan Yesus. Biarlah segala Kemuliaan, Hormat dan Kuasa bagi meninggikan namaNya. Amen